Sunday, May 4, 2008

Barisan Nasional...Untuk apa?

BARISAN Nasional yang dibentuk oleh UMNO,MCA,MIC,GERAKAN,PPP,
PBB,PRS,SUPP,SPDP,PBS,UPKO,SAPP,LDP,dan PBRS hanyalah satu gimik politik untuk mengaburi mata rakyat kerana mereka cuba meniru konsep
AMCJA.Mereka sebenarnya tidak berkeupayaan untuk mentadbir negeri apatah lagi negara.Oleh itu rakyat jangan mudah terpengaruh dengan tipu helah permainan politik mereka.
Pemerintah dilihat terdesak untuk menunaikan janji-janji manis mereka ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu. Dengan ini jelas membuktikan pemerintah ketandusan idea untuk mentadbir dan memimpin rakyat dan negara.
Mereka juga seolah-olah tidak percaya dengan pakatan Perikatan yang dibentuk sebelum ini.Mereka juga tidak yakin dengan apa yang telah diputuskan masa lalu tentang Perikatan.Kalau betul-betul mereka sepakat, bentuklah dan daftarlah sebagai satu parti BN sahaja.Saya cabar mereka! Kita lihat sama ada mereka boleh bekerjasama atau tidak.
Mereka sebenarnya tidak berani untuk berterus terang tentang kerjasama mereka kerana mereka sebenarnya tidak sehaluan. UMNO tetap mengatakan MCA sebagai seterunya dan MCA pula masih tidak senang dengan UMNO yang memperjuangkan Islam Hadhari dan negara islam. Tapi mereka mahu bekerjasama.
Bagi saya, saya tidak nampak mereka boleh sehaluan dalam jangka panjang. UMNO perlu mencari jalan supaya ahli-ahlinya bersetuju untuk menggugurkan perkataan Islam di dalam slogan "ISLAM Hadhari" dan MCA juga perlu menunggu sehingga ahli-ahlinya boleh menerima perjuangan UMNO. Apakah mereka sanggup menggadai fahaman masing-masing demi barisan ini? Saya rasa tidak mungkin.
Jadi barisan tersebut hanyalah barisan yang tidak akan membawa makna apa-apa kepada rakyat. Janganlah mudah tertipu.

No comments: